Sunday, July 6, 2014

TEKNIK BUDAK ONE COMM TARIK ORANG BUAT BISNES

Teknik biasa komuniti One Comm mencari dan menarik prospek utk join bisnes.
Mula2, ajk buat treatment, kata ada free voucher, sanggup tumpangkan kereta walaupun dengan mahram yg tidak dikenali, dan sampai di treatment centre, mereka diberi cuba treatment tu, dan akn dikenalkan dgn komuniti dlm tu, akn banyak disoal personal detail yg akan akan dicatit dlm kertas yg dipanggil 'Form HD' utk diberikan kepada upline untuk membaca. Kat sini kepercayaan dah dirampas..n then prospek akan dipsiko beli voucher dgn pelbagai cara. Sama ada dgn cara menipu dan memaksa ataupun dipsiko dgn menggunakan alasan mk bapak yg ada penyakit dikampung. So, kalau voucher dibeli bermakna perangkap dah masuk, kalau x beli, akan ada bicara berunsur reverse psikologi yang negatif. Bagi mereka adalah positif, itu adlah kerana positif itu hanya berada dibahagian mereka n negatif berada dibahagian prospek. Di sinilah berlakunya banyak kes prospek dihina dan dikutuk. Contohnya ayat yg biasa digunakan, "kau org x layak berada disini kerana kau orang memang x layak" dan beberapa ayat psiko lain yg x sanggup sy ceritakan lagi..Biasanya komuniti ini akan menggunakan laman wechat dan facebook untuk menjerat prospek. So kalian diluar sana berhati2 supaya x dijerat begini..Biasanya bila prospel dah beli voucher, mereka tidak akan dapat voucher tu atau upline akan suggest ut pegangkan. Sebenarnya upline pegangkan adalah kerana untuk digunakan kepada prospek yg lain pula nanti. Itu bermaksud, voucher yg kita beli itu adalah untuk orang lain kita akan jarang2 dapat menggunakan voucher sendiri. Jika voucher kita diminta, kita akan dapat voucher milik orang lain pula..

Nasihat saya, kalau nak beli voucher x salah, tetapi pegang voucher tu sendiri. Jika terlepas satu hari selepas expired, boleh pergi sendiri mohon extend date di kaunter. (Base on my experience)
Dan jangan sesekali join bisnes ini jika diajak. Hanya kekal jd pelanggan saja. Itu tidak akan jadi masalah. Kadang-kadang kesian saya pada network yang kena cari pf tu. Bukan mudah nak ajak orang untuk buat bisnes ni. Hmm..

                          
                                                      

No comments:

Post a Comment