Sunday, July 6, 2014

Bab 8

Ini adalan diantara salah satu partner yang tidak dapat diselamatkan. Kerana menyangka rakannya cuba mengnegativitikan dia. Kalau x silap saya dia baru join sebulan atau lebih. Rakan cuma selamatkn dia kerana dia telah menggadaikan tanah dan rumah yang ditinggal oleh keluarganya sekarang ini. Tapi, dia akui dia sudah terlebih sedar. Biar Allah jumpakan dia dgn jawapan dan kebenaran selepas dia disana beberapa bulan lagi. Biasanya kebenaran akan dapat dilihat selepas 3 atau 4 bulan join bisnes MLM ni. Kata mereka bisnes ni bukan MLM, itu sekadar untuk mengaburi mata prospect saja. Dia jadi mcm ni kerana dah dipsyco dgn reverse psikologi dan juga upline mendefinisikan bahawa partner yang dah quit membuat fitnah dan memberi negativiti. Okay, disini akan diberikan byk lagi bukti utk menunjukkan bahawa bukan utk tujuan membuat fitnah, tetapi membuktikan kebenaran. Kalau ada sesiapa yang kenal dia, tolonglah selamatlan dia sebelum dia menjadi rosak dengan komuniti ni. Nama dia adalah Azmah dan dia budak baik.








Tuesday, July 1, 2014

Bab 7


 Ini adalah sebahagian drpada bukti2 ketika duit diminta semula, tetapi dah burn atau ditelan oleh upline.. Saya diremove kerana bersifat menentang terhadap perbuatan mereka. Biasanya mereka akan suka kata buat kepala sendiri...
Benda yg menyimpang berbentuk memuja upline even upline yg paling tinggi seperti DF2, CRF Nasreeq dan RF Elly, membuang masa selepas HQ tutup pd pukul 10 mlm, mereka semua akan menuju ke kedai mamak bestari di solaris hartamas kononnya utk buat sharing.

Hakikatnya banyak membuang masa SIAPA BOLEH TAHAN. Adakalanya bila partner nak balik, mereka sebolehnya akan memaksa utk stay sehingga lewat pagi. Memandangkan kebanyakan partner xde kereta dan menumpang, mereka terpaksa akur. Belum dikira cas naik kereta yang dikenakan setiap org rm5 ringgit atau rm3 ringgit bagi yg x berapa ada duit sgt tu.Seingat saya, diantara sebahagian kereta2 yg menumpangkan partner adalah kereta wk (fadhil), PLC (Syazwan syahirah) dan WSF (Khoi).

Kata dalam komuniti kita akan dulayan sebagai satu kekuarga dan hanya disitulah terdapatnya sahabat sejati. Tetapi kenyataan pula disebaliknya. Setiap event atau aktiviti, setiap partner diminta membayar. Kalau x datang seminar, merwka akan dipaksa kononnya wajib. Kadang ada yg xnak pergi kerana rasa x adil dikenakan bayaran bagi seminar yg sama setiap bulan. Bercakap utk perkara yg sama.
Bayangkanlah, setiap bulan,

Seminar e-camp - rm15
Seminar yourlife - rm 15
Seminar One Bussiness Conference - rm 100
Event lain birthday party upline Crf Nasreeq, - rm 100

Partner2 akan disuruh membawa prospect, dan partner juga terpaksa membayar utk prospect juga. Bayangkan, kakau partner sendiri kena bayar rm100 utk dirinya, rm100 lg utk setiap prospect yg dibawanya. Kalau bawa prospect 3 org, lebih banyak yg harus dibayar. Konon utk kos makan tengahari sekali. Saya pernah kerja hotel as a f&b admin, belum bodoh lg tentang harga buffet di hotel okay.


To be continue...



       

Bab 6

Sesiapa yang suka meminta sedekah tanpa ada apa2 usaha, di akhirat nanti mereka akan dibangkitkan dengan muka yang tinggal tengkorak.

Meminta sedekah aka meminjam, n lepas tu berusaha lagi dengan meminjam juga...Gali lubang tutup lubang, sampai bila tetap ada lubang yg terbuka..

One Community Worldwide dengan hutang memang tidak boleh dipisahkan..Kesian anak2 orang tg dipsiko dan dipaksa meminjam orang duit demi membeli mesin terapi...X perlu memaksa jika x mampu..Namun nafsu upline yang nak kejarkan sales n pv membuatkan mereka mcm boneka..Kesian sungguh..


CIUM TANGAN KERANA PANGKAT UPLINE

Tradisi mencium tangan upline2 memang sudah menjadi kebiasaan dalam one community worldwide. 
Kononnya diatas rasa penghormatan. Tetapi upline2 xde pulak nak respect downline. Mungkin kerana downline adalah orang bawahan, apa kelass.. Begitu juga bila melepak di kedai berdekatan centre mereka di Desa Hartamas dipinggir segambut dalam yang baru dipindahkan dari cheras balakong, yg upline saja boleh lepak di starbucks dan downline lepak di kedai mamak pelita.
Kasta mana yang dipakai xtahulah..setahu saya kalau xde downline, upline pun xkan wujud..

Bab 4

Sesiapa yang suka meminta sedekah tanpa ada apa2 usaha, di akhirat  nanti mereka akan dibangkitkan dengan muka yang tinggal tengkorak ��.

Meminta sedekah aka meminjam, n lepas tu berusaha lagi dengan meminjam juga...Gali lubang tutup lubang, sampai bila tetap ada lubang yg terbuka..

One Community Worldwide dengan hutang memang tidak boleh dipisahkan..Kesian anak2 orang tg dipsiko dan dipaksa meminjam orang duit demi membeli mesin terapi...X perlu memaksa jika x mampu..Namun nafsu upline yang nak kejarkan sales n pv membuatkan mereka mcm boneka..Kesian sungguh..

Bab 3

Terkini, harga voucher dah bertukar dari rm230 naik kepada rm280 kerana sebahagian rm50 ringgit akan diambil oleh introducer atau upline diatas sebab intensive centre yang baru bertukar dari balakong cheras ke Glomac Sri Hartamas.

Setelah beli voucher tu kita akan di open mindkan tentang bisnes ni secara kaw2..Mcm milo ais kaw-kaw la pulak..minum je mau lagi..Ha mcm tu la lebih kurang rasanya..Bagi saya kalau nak open mind x salah, yang salahnya mengajak orang buat bisnes, dan bila orang menolak, mereka akan memaksa sehabis mungkin.  Dan kita akan diberi member form untuk diisikan mahupun secara rela atau paksaan. Dan kemudian akan di psyco mcm reverse osmosis..hahahahaha....eh sorry tergelak plak..

Dah lepas isi form kita akan dibawa berjumpa dengan advisor. Kata mereka, advisor ni adalah dari golongan share holder yang susah nak luangkan masa utk sharing dan berjumpa dengan mereka. Sebenarnya terus terang advisor tu adalah mereka yg berpangkat DF (District Franchiser) kira level tinggi dlm bisnes ni. Df adalah leader team. Kira kepala team gitu. Segala arahan yang sampai ke downline itulah adalah arahan dr Df  dan pastinya dikenali sebagai upline.

So bila kita disetkan appointment dg advisor, kita akan di OCkan. Apa itu oc? Oc tu adalah Open Case. Ketika oc ni kita akan didedahkan dgn plan dan strategi bisness. Bagaimana nak kembangkan network dan dapat keuntungan yang besar yg mana kena mula kembangkan network. Cari orang dan mcmana nak naik dr satu pangkat level ke seterusnya.

PENTING!
Ini yang anda perlu alert!
Masa ni lah kita akan diberitahu,  untuk join bisnes ni kita kena jadi happy member (HM) terlebih dahulu, kemudian dr hm barulah kita kena keluarkan modal sebanyak rm3400 untuk jadi bisnes partner yang mana naik ke level ke2 iaitu pangkat IF (indipendence franchisee). Masa dalam oc ni mereka beritahu, SELEPAS kita complete IF ni, kita akan mendapat beberapa produk iaitu :

E-drop
E-wash
Ez-out
E-nutra
E-gemcells ( pencuci muka dan toner)
E-body cup
E-magnet

Produk akan dipilih mengikut pv yg tinggi dan harga sesuai dgn modal. Dan kita akan disuruh sign purchase form tanpa diberitahu apa2..

Okay, disini saya nak dedahkan beberapa penipuan dan pecah amanah dan ketidak jujuran yang berlaku.

Sebab tu ramai yang x tahu apa tu purchase form (p/o)   kerana partner baru biasanya x tahu dan xkan diberitahu.

Sepatutnya jika SUDAH complete IF, barulah partner akan diberikan produk dan resit purchase akan ditandatangani oleh kita sendiri. Namun yang berlakunya adalah sebaliknya..

Kebanyakan kes yg berlaku adalah, apabila ada partner sedang fight utk dapatkan modal yg berharga rm3400 tu, sebahagian wang yg dah berjaya dapat akan diberi kepada leader akan DF utk dipegang. Kalau x beri Df sendiri akan meminta. Depends, ada setengah partner dpt ratusan dan ada setengah tu beribu..

Dan kemudian sementara partner cari source untuk meminjam dapatkan duit atau ada partner yg x mamlu terukan dan quit, Df yg memegang duit tu dah sediapun gunakan duit tu utk purchase produk tanpa perbincangan dan resit purchase barang tu ditandatangan oleh Df itu sendiri...sebenarnya ini dah salah kerana pecah amanah pabila duit partner digunakan sewenangnya dengan sesuka hati dan resit purchase tu tidak boleh ditandatangi oleh Df..kena pemiliknya sendiri yg tandatangan..

Kes mcm ni yang paling banyak berlaku apa bila upline memecah amanah dan menelan duit partner yang fite separuh jalan dan quit.
Aabila dituntut semula, merwka beri pelbagai alasan dan melentingbserta marah dan paling best akan menggunkan reverse psikologi dalam bentuk kutikan, sindiran dan penghinaan.

Sehingga kini, ramai yang terkena dan jadi mangsa dan masih menuntut duit mereka semula namun hampa... Kerana duit tu dah digunakan utk purchase barang semata2 untuk kejar pv (point value) dan sales bulanan, yg mana akan membuatkan mereka naik pangkat untuk jadi Df.

Turutan level dan pangkat bisnes ni adalah seperti berikut:

Hm 0% - IF 25%- SF 30%- AF 40%- CDF 40%- DF 45%- CRF dan RF

Disinilah membuatkan ramai partner yang dah mati rasa teraniaya sangat kerana duit yg dipinjam dr org lain (atas cadangan dan paksaan upline) secara susah payah tidak dipulangkan malah mereka hanya  boleh ambil produk saja. Mereka ini tidak akan diberitahu ketika produk dibeli, malah mereka hanya akan diberitahu ketika duit mereka dituntut. Dan ketika itu mereka ini dihina dan dimaki lagi kerana berkeras nakkan duit mereka semula..kata upline, kalau nak ambil produk, mereka kena mengadap berjumpa dengan upline team..Yang ni sy marahkan, kenapalah ketika mangsa berada depan mata, mereka x reti pun nak beri produk yg dipurchasekan dr duit mangsa..

Tunggu mangsa minta baru mereka suh mangsa ngadap ambil..masa tgh fite, sanggup pulak upline ngadap magsa 24jam utk collect duit....haishh..

To be continue...

Bab 2

Pertama kali kenal dengan One Community Worldwide ni, kita akan dikenali sebagai pf (potential prospect).
Kita akan dilayan seperti keluarga dan dengan sangat baik.Ramai kawan2 yg x dikenali pun akan jd sgt2 mesra. Dan kemudian kita akan banyak ditanya. Soalan yang akan ditanya adalah, umur, kerja mana dan dimana, berapa gaji, berapa simpanan dan mak bapak sakit apa dan kerja apa dan berbagai lagi soalan yg membabitkan peribadi. Kalau bernasib baik, kitabakan makan bersama mereka dan kitalah yang akan dipersilakan belanja kawan tu yang akan buat donno seperti kebiasaan. Dan lepas tu kita akan dibawa pergi buat treatment. Kadang sebelum makan buat treatmen dulu..So, masa buat treatment kita akan di open mindkan tentang kebaikan mesin rawatan yg bernama E-life. Dan mereka akan perkenalkan beberapa lagi produk lain iaitu :
ez-out,
e-nutra,
e-magnet,
e-drop,
e-body cup,
e-mind,
e-eyegym,
e-aroma,
ion-enhancer,
e-mind,
mesin e-life & ion pen,
dan e-gemcells.
Akui, sebenarnya produk ni semua sangat effective dan bagus. Saya masih guna lagi dan sangat suka gunakannya. Bila tgok harga yg tertera orang akan terkejut kerana agak mahal.Yelah bukan semua orang mampu. Tapi kita akan diberitahu dlm komuniti dan treatment ni ada bisnes yang bagus. Dan bisnes ni bukan direct selling. Kita hanya perlu memperkenalkan kepada orang lain tentang kebaikan treatment ni saja, dan dari situ kita akan mendapat keuntungan dari komisyen mengikut pangkat dan percentage.

Untuk permulaan, kita akan disuruh beli voucher berharga rm230 yang akan mendapat e-aroma percuma dan insuran life sebanyak 20k secara percuma. Agak bagus kerana harga voucherbtu sebenarnya agak mahal tp now semua irg dah mampu beli. Dan bila kita dah bi voucher, dari sinilah bermulanya agenda dan strategi sebenar mereka....

Akan bersambung selepas ini..tunggu...