Sunday, July 6, 2014

MASJID JADI TEMPAT UMPAN PROSPEK

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.
Mesti ada yang mempunyai pengalaman berpuasa dengan One Community Worldwide di Masjid Wilayah ataupun di Masjid Negeri pada sepanjang 5 tahun bisnes ni wujud kan? ni kan?.. 

Ini nasihat bagi mereka insan yang masih berada dalam One Community Worldwide aka Komuniti Belia Sedar,..BERINGATLAH.. 

Jangan mempergunakan agama dan masjid ketika dibulan ramadhan ini dengan menjadikan Masjid sebagai target dan tempat untuk mencari dan membawa prospect.
Mengajak mereka utk menunaikan ibadah berjemaah dan terawih x salah, tapi menyimpang niat tu utk membawa prospect demi bisnes mmg mencemarkan kesucian ibadah..
Dah bertahun2 menggunakan tektik ini, kali ni cubalah sedar betul2..
Lebih baik focuskan diri utk beribadah dgn solat dan tadarus..
Daripada hanya sekadar singgah semata2 untuk mengaburi mata prospect.
Masjid adalah rumah suci Allah, bukan kedai mamak pelita..atau starbuck mahupun kedai mamak bestari dan kedai mamak maju.
Luruskan niat, ibadah untuk diri sendiri demi akhirat, bukan beribadah utk diri sendiri mendapatkan sesuatu menurut nafsu duniawi..

P/s: Nasreeq, kamu adalah seorang yang gagal, jika kamu gagal mengawal keperibadian network, apatah lagi kegagalan kamu untuk membina keluarga mawaddah..
Keseluruhan network kamu lemah terhadap kerohanian dan agama, tidak kamu membimbing mereka untuk mendahului agama sebelum hal2 duniawi. Sebagai pemimpin, kamu tanggunglah dosa2 mereka..
Kalau x percaya, adakah kamu pernah perasan, sudah berapa lama network kamu tidak memegang, mengaji atau berkhatamkan Al-quran?
Pernah bertadarus bersama network kamu?  Jauh sekali..
Manusia tiada perbezaan martabat melainkan makam mereka yg Allah naikkan melalui iman dan taqwa, tetapi dlm komuniti kamu martabat menonjolkan kasta bawahan dan atasan yg saling hina menghina..
Tahniah Nasreeq kerana berjaya menjadi nakhoda kapal yg melemaskan anak2 kapal tanpa sempat mengucap...
Bertaubat dan insaflah bermula dr sekarang sebelum semuanya menjadi terlambat..

REVEAL THE TRUTH

Kenalkan abang ensem ni paling kiri sekali (ensem sgtlah dengan perangai perangkap dia :/) Nama dia Fadhil, introducernya Ismail Zulkifli yang dikenali sebagai Mail (pic tengah tu). Fadhil nilah yg paling terkenal suka menipu pf2 tentang voucher. Kononnya harga voucher berubah2 setiap bulan mengikut promotion, sedangkan harga sama je bertahun2 tetap rm230 dan terkini dah naik jadi rm280 kerana rm50 akan ditolak df kononnya utk intensif partner, tetapi sebaliknya Df yg telan.

Diakui sendiri oleh beberapa orang kenalan yg baru quit dr bisnes manipulasi ini..
Owh yer lupa nak perkenalkan wanita cantik yang bertudung pink tu. Umurnya 40-an, seorang ibu tunggal yg menawan dan baik hati.
Mudah mendengar pendapat orang lain tapi dituduh ego dan besar kepala. Yelah kak Gee ni matangkan dgn usia mcm tu, bygkan Mael dan upline xde pun nak respect dia sebagai org yg byk pengalaman hidup ni.

Kisah dia jadi lebih kesian. Dia dikenali sebagai kak Gee. Kak gee ni sudah ketiadaan ayah, dan mempunyai mak yg agak sederhana kemampuannya. Maklumlah org tua ada simpanankan, maka terbeliaklah bijik mata Mael bila dapat tahu mak kak Gee ni ada simpanan yg banyak.
So dijadikan cerita, semasa Mail temankan kak Gee fite, ada seorang lagi partner yg ikut, namanya Fahimah disuruh memainkan peranan utk open mindkan mak kak Gee kerana memandangkan Fahimah pandai bercakap, maka dia pun turutlah. Tetapi segala idea tuk bercakap adalah cadangan Mael. Selebihnya disuruh Fahimah tokok tambah. Mendesak kak Gee untuk memaksa maknya keluarkan duit, sampai menangis2 mak dia xnak beri duit kerana xnak kak Gee tertipu. Mael terdesak menunggu untuk pergi ke bank. Nanti korang tgoklah pic. Biarlah bukti berbicara. Memandangkan adik kak Gee x bersetuju nak beri duit maknya kpd kak Gee pd hari pertama, so hari kedua mereka redah rumah makcik2 yang lain. Dgr ceritanya, makcik kak Gee sangat2 baik. Kak Gee x sampai hati untuk memaksa maknya berikan duit. Kak Gee xnak buat atas paksaan, tetapi mael memaksa juga. Untuk hari ketiga, akhirnya Kak Gee berjaya dapatkan duit dan beli elife. Bila mael dah memainkan peranan memanipulasi minda org, selalunya dia akan berjaya untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Dan kerana mesin elife akak Gee tu jugalah Mail terus naik DF. Kerana tulah mael mendesak kak Gee n family, kerana pv terakhir dr kak Gee menaikkan dia jadi DF. Masa fite, Mael sempat ambil hp mak kak Gee dan 'turn off' hp tu kerana xnak rancangan dia gagal dptkan duit dr mak kk Gee...Yelah, kak Gee terpedaya dipaksa Mael seboleh2nya coz keesakan harinya hujung bulan. So, Mael mesti kena dapatkan lagi 1 elife sebelum berakhir bulan tu. Dan yg satu itulah datangnya dr kak Gee. Kak gee sampai tersiksa bergaduh dgn adik beradiknya masa pergi fite tu.

So, selepas berjaya dapatkan elife, kak Gee diserang adik beradik beserta mak dia sekali. Kak Gee dibuang keluarga dan hidup sebatang kara kini. Kesian, seorang ibu tunggal diperbodohkan dengan manipulasi. Kalau nk tahu, Mael cukup terkenal dgn kebolehannya bermain lidah dan memanipulasi org. Sehari selepas Mail naik DF, kak Gee dibuang keluarga, kak Gee mengalami tekanan hidup kerana diigau rasa bersalah dan berdosa pd maknya. Kak Gee cuba meminta tolong Mael, seperti biasa Mael mengelakkan diri atas alasan bz. Selalu sgt bz walaupun banyak kali dihantr mesej tapi x pernah dibalas. Sehinggalah kak Gee berasa tawar hati, barulah Mail terhegeh2 menarik kak Gee semula dalam komuniti. Kata kak Gee masa tu, semuanya dah terlambat. Kak gee merasa tertipu dan dioergunakan dan keluar dari bisnes ni dengan penuh penyesalan..selebihnya biar bukti memainkan peranan yer..

Ini adalah luahan Kak Gee kepada admin,

UNCUTTED CONVERSATION

"Fadhil menipu ttg promotion voucher treathment. Rupanya dari bln ketahun promotion sama jer harganya. Celaka punya Fadil. Fadil ckp mcm ni,.."Kak gee hari ini last harga promotion voucher treatment e life. Esok harga asal . x dpt harga semurah ini"...itulh kata fadil si auta krekkk.."

"Si sotong Mail tu mmg kejam. Dia ambil hp mak kak gee. Lps tu dia offkn. Sbb dia x nk kakak n adik kak gee jd penghalang tujuannya..."

"Sebulan jew join. Sbb kak je rasa x selesa dgn cara dia org yg suka paksa hari2 kena g 1 com. Lps tu lepak kat bistari sampai pg. Hari2 kak gee mengantuk kat tmpt keje. Mail n syahirah sanggup dtg kat tmpt keje kak gee semata2 nk kak gee dtg ke 1 com bila dia tgk kak gee dh mula jarang gi sana. Lg pun dia nk kak gee tarik sepupu kak gee Prof. Madya kat HUKM masuk 1 com. Nasib baik kak gee x tarik sepupu kak gee tu. Kak gee x taw apa agenda dia org paksa kak gee tarik sepupu kak gee tu."

"Kak gee dpt rasakn . sbb tu berat hati nk ajak sepupu tu. Alhamdulillah..Allah bg petunjuk pd kak gee."

"Fadil pun hari-hari tanya bila kak gee nk ajak sepupu kak gee tu join. Kak gee buat dono je..."

Itulah luahan kak Gee yg menjadi mangsa keadaan. Kata kak Gee, ketika monthly bussiness meeting, dia kena sindir2 dengan Nas. Kata kak Gee buat kepala sendiri mcm bagus2 atas kerana kak Gee dah kurang dtg hq. Sedangkan kak Gee dah x tahan nak datang ke HQ lagi kerana inilah, sindir dan dipaksa dtg je hq setiap hari sedangkan mereka langsung x memahami dia bekerja atau sedang hadapi masalah.

Tgoklah Mail, betapa gembiranya dia kan masa berjaya naik DF... Gembira diatas tangisan irang lain..gembira diatas penganiayaan orang lain..gembira diatas kesengsaraan orang lain..Ini baru Mail saja. Yang lain? Halal ke income tu? Nampak hebat tetapi DAYUS!!!





SURAT PERJANJIAN HUTANG. MACAM NAK PINJAM ALONG JER..



Ini adalah contoh surat perjanjian yang biasanya dicadangkan dan dibuat oleh uplines kepada downline ketika meminjam duit kepada source atau kawan2 untuk fight mesin elife. Selain itu, partner juga dicadangkan oleh leader aka DF supaya menggunakan nama source untuk membuat loan diatas nama mereka masing2 agar partner boleh pinjam dan bayar bulan2. Teknik ini selalunya berakhir dengan penipuan dan penyesalan kerana menjadikan source mangsa keadaan.

Siapa ingat lagi pasal ni? Mmg top bagi kalangan fiter2 yang desperate dan akan ditekan oleh uplines.



PASS UP & SIDE, BUAT ORANG LOST TRUST!

Ini adalah sebahagian daripada peraturan2 yang ditetapkan upline..
KaLau kita ada masalah peribadi pun kena cerita kepada upline..
Berhati2 kerana dari sinilah apabila mereka tahu masalah dan kelemahan kita, mereka akan menggunakan masalah n kelemahan kita utk downkan kita jika x buat result. Masa ni cakap cakaplah tentang perasaan partner tu..mmg sangat terhina..Hampir majoriti yg kena..yg x kena tu sebab geng kamceng..jaga baek punya..

Pass Up:
-Segala benda positif or negatif kena bercerita dgn upline kita. Upline yg AF ke atas. Kalau upline IF, x bole.
-Kalau kita x biasa dgn upline tu or segan2 kena cerita jgk sbb dlm biz,hanya upline bole bg the best solution.

Pass Side:
-Segala benda positif wajib pass side. Cth: close IF,close AF etc bertujuan utk motivate & mmberi inspirasi kpd sideline
-Perkara boleh pass side line:
1) Good sharing from leaders
2) Motivation
3)Persaingan sihat

Perkara yg x boleh pass side:
1) Personal problem
2)Sharing negative things
3)T down upline, introducer dan partner

*tambahan(ni byk leader xtahu):

1)kita bole cerita masalah kita kat sideline tp hanya masalah network or prospecting dgn niat nak dptkan solution & pendpat.
2)tp dgn syarat, sideline utk kita mintak pndapat tu kne la sama position atau pon lebih atas dari kita.

*cth: kalau sesama AF or sesama CDF bole sharing masalah network tp dgn tujuan nak dptkan SOLUTION.
*kalau x sama position, hanya yg position bwh shj bole cerita masalah network utk tujuan dptkn solution.
*cth: kalau AF sharing dgn CDF, hanya AF je bole cite masalah network kat CDF tp CDF x bole cerita masalah network kat AF.

Tapi kena igt, hanya masalah network & prospecting shj bole cerita kat sideline yg sama position atau lebih tggi tp dgn niat nk crik solution bukan niat MENGADU MASALAH.

#Tp masalah PERSONAL hanya PASS UP!

Psssst: peraturan ni bak indah khabar dr rupa je. Dengan masalah yang kita pass up kepada uplinelah suatu hari nanti ia akan dipergunakan untuk mengutuk sehingga melemahkan semangat downline. Dalam komuniti sebenarnya lebih banyak cara utk mencari pf dan caci maki pada yang xdapat pf, utk selesaikan solution, memang jangan harap nak ada...sebab tulah banyak partner yg ada masalah belum selesai malah x dibantu untuk selesaikan..Guna reverse psikologi menghina dan mengutuk lagi ada laaa...X caye? Xpe lepas ni sy akan susurkan saksi beserta kisahnya sekali..

Bab 10

Ini pula sy perkenalkan, nama dia Fadillah. Introducernya adalah Zaim adik kepada DF Shamin. Memandangkan zaim dah terlalu lama stuck dalam bisnes MLM ni, maka dia pun keluar. Dan sekarang Fadillah menjadi downline kepada Shamin pula.

Story Fadillah pula lebih dahsyat. Dia meminjam duit dan Tab prospect yg dibawanya utk mencuba rawatan di HQ dan sehingga kini masih tidak dipulangkan walau beberapa kali prospectnya minta. Yg terbaru, Fadillah menggunakan nama partner yang dah lama quit iaitu Fahimah, untuk meminjam duit dari rakan2 fb Fahimah dan mendapat nombor fon kawan2 entah dari mana. Tidak setakat tu, Fadillah menipu mengatakan bahawa dia rakan dakwah Fahimah..perh memang terbaik drama yg dia cipta..Semua ini pembohongan. Tgoklah pic, biarlah gambar berbicara sebagai bukti kebenaran...

Kalau nak tahu, peraturan dalam komuniti adalah prospect tidak boleh pinjam duit partner utk bayar modal atau beli e-life, tapi sungguh tidak adil apabila banyak berlaku partner meminjam duit prospect beratus2 dan sampai sekarang tidak bayar balik.. Bila prospect x berminat nak join bisnes, jgn haraplah prospect tu akan dapat semula duit yg dia dah pinjamkan..Kerana partner2 yg meminjam tu akan sedaya upaya menjauhkan diri atau melarikan diri diam begitu saja..




    



                                                     


Bab 9

Saya perkenalkan yg lelaki tu namanya Ismail Zulkifli, seorang lagi yg memegang kertas itu Fadhil (student UKM yg sedang mengisi borang bagi challengging naik CDF. Masa challenging nilah yang banyak downline akan ditekan2 sehingga stress dan tertekan kerana dipaksa atau disuruh fight duit utk beli mesin e-life. Masa tu la byk berlaku penipuan, penghinaan dan penganiayaan tanpa disedari oleh downline.) dan yg perempuan tu Syazwan Syahirah yg dikenali sebagai kak Wan dari kalangan student UM.

Story disini, mereka inilah yang berpakat untuk menipu family Syahirah sendiri. (Sanggup Syahirah menipu family sendiri demi bisnes dan kawan dlm bisnes tu..) Memandangkan adik beradik serta parent Syahirah menentang dan mengamuk serta bergaduh kerana anak & kakak sulung mereka ni minta duit untuk bisnes MLM ni. So dijadikan cerita, Mael create satu idea dan drama menipu. Menerusi telefon, Syahirah disuruh menipu dengan meminta duit dari bapanya dengan mengatakan ada program di Universiti dan Mail memainkan peranan berlakon sebagai lecturer bagi mengesahkan program di kolej dengan memberitahu bapa Syahirah bahawa dia adalah lecturer di UM. Itu memang suatu penipuan. Kesahihan cerita ini adalah datangnya dari tuan empunya badan sendiri iaitu cik Syahirah sendiri. 

Pernah Syahirah disuruh oleh Fadhil, supaya meminta kereta daripada bapanya atas alasan utk kegunaan kemudahan untuk ke kolej, tetapi sebenarnya adalah bagi memudahkan dia menggunakan kereta itu untuk mengambil partner2 dan prospect ke HQ , centre, event dan semuanya atas tujuan bisnes MLM ni.
Kalau x percaya, pergi jumpa tuan empunya badan sendiri untuk kesahihan atau bapa dan familynya yang masih belum tahu kegiatan dia didalam bisnes MLM ni...Kasihan, Syahirah masih belum sedar diri dipergunakan. Syahirah sudah hampir setahun atau mungkin lebih, namun x pernah dapat buat result sehingga kini. Banyak membuang masa demi harapan palsu dari uplinenya si Mail dan yg lain2.
Kata upline, dikomuniti ini saja bisnes yg boleh buat mereka kaya dan berjaya. Mereka lupa, Allah menciptakan rezeki berada dimana2...


Nantikan pendedahan rakan yg namanya dipergunakan oleh partner yg masih aktif dalam komuniti dan bisnes ni dengan meminta pinjam duit dr rakan2 dengan jumlah yang beribu..






                     



Bab 8

Ini adalan diantara salah satu partner yang tidak dapat diselamatkan. Kerana menyangka rakannya cuba mengnegativitikan dia. Kalau x silap saya dia baru join sebulan atau lebih. Rakan cuma selamatkn dia kerana dia telah menggadaikan tanah dan rumah yang ditinggal oleh keluarganya sekarang ini. Tapi, dia akui dia sudah terlebih sedar. Biar Allah jumpakan dia dgn jawapan dan kebenaran selepas dia disana beberapa bulan lagi. Biasanya kebenaran akan dapat dilihat selepas 3 atau 4 bulan join bisnes MLM ni. Kata mereka bisnes ni bukan MLM, itu sekadar untuk mengaburi mata prospect saja. Dia jadi mcm ni kerana dah dipsyco dgn reverse psikologi dan juga upline mendefinisikan bahawa partner yang dah quit membuat fitnah dan memberi negativiti. Okay, disini akan diberikan byk lagi bukti utk menunjukkan bahawa bukan utk tujuan membuat fitnah, tetapi membuktikan kebenaran. Kalau ada sesiapa yang kenal dia, tolonglah selamatlan dia sebelum dia menjadi rosak dengan komuniti ni. Nama dia adalah Azmah dan dia budak baik.